

Semalam buat blueberry cheesecake ni,dah terlanjur ada order dari customer nak blueberry cheese so buat untuk rumah sekali..
Cupcake diatas ini ditempah oleh regular customer saya ,Basha dari Bachang,


Cupcake ini untuk Saadiah di Bukit Serindit untuk makan-makan bersama keluarganya.Kebetulan ada majlis kenduri sikit di rumahnya.


Dah lama tak buat cheese cake ,budak2 pun dah bising nak makan cheese cake so apalagi pergi beli philadelphia cream cheese ,balik terus buat...jeng..jeng..jeng......ni la Marble Cheese Cake saya,budak2 dah selalu makan oreo cheese cake so buat marble cheese cake je la..


Last minit order dari Siti di Kg Gangsa dekat Mitc ,Ayer Keroh untuk ibu tersayang.


Order dari Farah dari Durian Tunggal untuk diberi kepada tetamu sebagai doorgift majlis pertunangannya.Farah membuat tempahan sebulan lebih awal.Terima kasih Farah dan Selamat Bertunang.


Order dari Nadia Utem untuk kawan-kawan sempena dengan( kalau tak silap ) majlis perpisahan mereka.


Order dari Safia MMU,ni kira last minit order la ni...Safia sms saya dalam kul 10 mlm lebih tanya pasal cupcake ,nak untuk esok petangnya (kiranya dalam 2-3 minggu yang lepas) kebetulan petang tu free so saya pun ok je la. Happy Safia bila saya bole terima order dia, nak sambut birthday kawannya Wanie...Ok Safia terima kasih ye akak harap Safia suka cuppies tu,next time jangan le last minit ye Safia he he he....