Order dari Puan Syieda dari Utem, kek marble pelangi 2 kg untuk birthday anak perempuannya Aliya Insyirah yang ke 3 tahun. Puan Syieda beritahu Aliya Insyirah suka watak cartoon winnie pooh, jadi akak pun lukiskan winnie pooh untuk Aliya. Terima kasih Puan Syieda kerana sudi order ngan akak ye,hari tu tak sempat nak jumpa kat cafe...ada keje sikit..nanti sudi2 lah datang ke cafe akak lagi ye...dan..terima kasih atas feedback aritu,suka akak dengar he he he
Order dari Rafidah, untuk birthday suami tersayang ,yang ke berapa yee ??? he he he tak pulak diberitahunya....hemm apa2 pun semoga bertambah panjangla kasih sayang anda berdua setelah makan kek akak nih ...hi hi hi .terima kasih daun keladi ,lainkali order le lagi hi hi hi
Kek Kukus Buah 1 kg RM 35.00 . Sesuai dijadikan hidangan di hari raya,juga sebagai buahtangan untuk tetamu,ibu,ibu mertua dan sebagainya. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah telefon saya Laila di no 0126374035 atau sue 0125137764.
Farissha Homemade Cakes And Cupcakes ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq dan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung ,pelanggan Farisshahomemade dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Dan sempena kedatangan bulan yang mulia ini ,saya terlebih dahulu ingin meminta ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa , salah dan silap yang tak disengajakan . Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan lebih diberkati Allah.
Last minit order dari Puan Hajar Utem, Pn Hajar lupa nak tinggalkan no handphonenya,so beberapa kali cuba call no ofis tapi tak dapat kerana ada ramai gak yang bernama Hajar...he..he..he terpaksa le saya buat yang seadanya he he he terima kasih ye Puan Hajar.
Projek belajar buat roti di rumah he..he..he sebelum ni tak pernah buat roti lagi, bukan tak pernah cuma try n error je jadi kebetulan ada cikgu yang sanggup datang ajar ke rumah ,saya pun carilah geng yang nak belajar roti seramai 5 orang. Kami mula dari pukul 2ptg hingga pukul 7 mlm baru habis. Sebelum ni saya kurenggg minat dengan roti ni,tapi bila dah belajar seronok pulak main dengan tepung...he he he apa2pun terima kasih kepada Mami Rokiah dengan Faridah kerana sanggup datang mengajar di rumah saya. Selepas ni saya teringin sangat nak berlajar dengan Kak Ida Isk pulak...pssstt ari tu dah tanya kak Ida Isk boleh turun Melaka tak? Kak Ida kata boleh cuma cari orang dlm 5 orang ke gitu ..he he he katanya melaka dengan KL tak jauh he he he..
Birthday cake ini ditempah oleh Puan Siti dari Utem, untuk menyambut harijadi keempat-empat buah hatinya iaitu Syahirah,Iskandar,Syafiqah dan Iman...senang sambut birthday sekali harung...he he he...terima kasih ye Puan Siti...
Cupcake diatas ni ditempah oleh Pn Nora dari Utem, untuk majlis jamuan anugerah perkhidmatan cemerlang cum hari jadi prof. Dr Hj Shahrin Bin Sahib,dekan fakulti teknologi maklumat dan komunikasi ,Utem. Nak tau cerita, sebenarnya saya tengah jalan2 kat Jusco ,masa tu j-card member's day apalagi ambik peluang le aritu semuanya 50-70% 0ff..tuptup dapat call dari Pn Nora nak order cupcake untuk pagi esoknya,saya tengok jam dah pukul 3 lebih kat pukul 4 ptg la lebih kurang.. apa lg cepat2 balik umah sedia apa2 yang patut laa.Pn Nora nak design Sesame Street Theme(sesueii ke dgn majlis tu,hantam sajalah) dan selebihnya buat bunga2an ..hee hee pukul 2 pg baru siap cupcake tu he he he...apa2 pun saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Nora dari Utem kerana sudi buat tempahan dengan Farisshahomemade. tak nak ke Sarawak Roll untuk hari raya ni? he he he kalo nak gtau akk ye...terima kasih ..salam