Cuti sekolah kali ni kami pergi ke Penang jalan-jalan. Saje bawak budak2 jalan2 cuti sekolah,Farisshahomemade pun bercutilah minggu lepas .Kami duduk di Shangri La Rasa sayang Resort And Spa. Gambar atas ni gambar anak sulung saya Farah Fatini . Ini sewaktu sampai di Bukit Bendera.
Keretapi Bukit Bendera sedang turun ke bawah selepas menurunkan penumpangnya.
Sh Farah Fatini dengan Syed Faris sedang mandi di kolam renang hotel. Besar gak hotel ni kalu bawak famili bercuti memang seronok..
Ni baby bongsu ,Sharifah Arina mandi sampai kesejukan,bila suruh naik nanak katanya.Sampai dah kecut kaki tangannya mandi kolam
Haa posing tepi pantai pulak le ,ni selepas main kat tepi pantai
Saje tangkap gambar pool utk kenang2an.. ada banyak gambar lg tp cukup gambar ni je
Ni sewaktu breakfast kat Spice Market. Sedap2 buffetnya,saya apa lagi tala dia punya pastry dulu le,muffin,donut,danish pastry,scone ,waffles dan macam2 lg he he he...
Arina suka bila pergi tepi pantai ,ni lepas breakfast saje jalan2 tepi pantai jap,ni gambar Arina dengan maid saya.
Ni gambar masa dah check out nak balik
Tengoklah gambar Arina ni,susah nak suruh dia dok diam2 nak tangkap gambar,ni masa tunggu kereta nak pergi ke airport nak balik. Sampai rumah masing2 cakap rindu Penang he he he lengkali kalo ada masa kita pergi lagi ok.