Tuesday, April 28, 2009

The Magic Of Agar-Agar



Sebenarnya dah lama nak buat puding ni cuma tak da masa je . Haaa ari tu dalam minggu lepas baru berkesempatan buat puding buah2an ni. Saje untuk makan2...he he he.... budak2 asyik merungut,mama ni asyik buat untuk orang je.... emm..... okla mama buat puding buah2an untuk kakak ngan angah ok, apalagi diaorang sukale,kebetulan mak datang dari ipoh..hem..okla boleh tolong perabihkan he.he.he.
Oklah kalau ada sesiapa yang nak order puding ni khususnya sekitar ayer keroh untuk makan2,hantaran,hadiahkan kawan ke bolehlah call,sms atau email laila ye...kalau nak order bolehla order awal2 ye ,bukan apa nanti kelam kabut saya nak cari barang2nya he he he...


Friday, April 24, 2009

MOTHER'S DAY PROMO

Choco Moist Strawberry Cake
size 9" love shape
with choc fudge layers
decorate with choc ganache and strawberry
wording (choose one): Luv U Mum,Sayang Mama,Hepi Mother's Day,Selamat Hari Ibu
Only Rm 60
plus ribbon and a card
Or
25pcs choco moist cupcake
size m souffle cup
with choc ganache, strawberry and buttercream rose
wording (choose one):Luv U Mum,Sayang Mama,Hepi Mother's day,Selamat Hari Ibu
Only Rm 60
plus ribbon and card
Hurry, hurry, cepat,cepat tempahan dibuka sekarang,hadiahkan ibu tersayang dengan kek atau cuppies yang enak ini.
Laila 012-6374035
sue 012-5137764
strictly selfpick up on the 10th of May 2009 (pagi atau petang)

Tuesday, April 21, 2009

Baby Arina genap setahun.

Dah setahun baby mama ni,teringat masa mama kat hospital,rasa macam semalam je.Gambar tak begitu clear,maklumle jurugambarnya tak sempat habis kursus he he he..

14.04.2009 genaplah puteri bongsu saya yang bernama Sharifah Arina setahun. Baru sekarang berkesempatan nak update.Bukan main seronok lagi nina (panggilan manja) tengok ramai sedara mara datang main ngan nye.... Keletahnya sekarang dah boleh tahan,dah semakin lasak...kadang2 tak terkejar ....apa2 pun happy tengok nina semakin bijak,besar....kek tu saya buat kek durian untuk nina,bukan apa teringin nak makan durian ,konon2 nak buat bubur durian cicah roti jala,habis satu melaka saya pusing dengan cik abang ,at last jumpa juga durian siap hujan lebat dengan guruh semua cukup lengkap...satu gerai tu jela yang ada durian,hubby beli banyak ..tu yang buat kek durian untuk birthday nina...ok la tak bole cite panjang2 ,nina dah bising tu,apa agaknya yang dia nak tu he he he.....



Monday, April 20, 2009

Cuppies khas untuk Baby

Order dari Sham untuk kawannya . Kawan Sham request cuppies untuk baby....ingat untuk baby rupa2nya untuk makwe he he he ....



Dibawah ni order dari Pusat Sumber Sek Keb batu Berendam. Order dari Sham juga....terima kasih kerana sudi order dengan akak





Tuesday, April 14, 2009

Cupcake untuk majlis perpisahan.



Sham dari Bukit Piatu order cuppies ini untuk sepupunya yang bernama Fakrul Hisham sempena dengan majlis perpisahan student Uitm. Mereka kini berada di semester akhir.


Thursday, April 9, 2009

Cuppies untuk teman teristimewa....

Untung ada teman teristimewa ni ye....walaupun duduk berjauhan tetapi ingatan tetap di hati...cuppies di bawah ni adalah order dari orang jauh nun di utara...Ayue Aishah order dari Usm Penang (kalau tak silap)
untuk teman teristimewanya Mohd Zaim di Melaka.
Mohd Zaim adalah pelajar di Uitem Melaka....so saya pun
bergegaslah menghantar cuppies ni ke apartmen Uitem di Bukit Beruang

Tuesday, April 7, 2009

Aiskrim kek lagi.



Repeat order dari Sharifah Salwa....hem kali ni untuk harijadi abah tersayang...nak kek coklat dengan aiskrim coklat. Salwa order 1 week before, nak surprise abahnya.Emm lainkali awak buat untuk umi awak pulak wa....he he he


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails