Monday, September 28, 2009

Pengumuman

Farissha's Cupcake Cafe
memerlukan seorang baker sepenuh masa yang mempunyai pengalaman di dalam bidang bakeri. Boleh membuat pelbagai jenis roti,bun,tart,muffin,kek,cookies,pelbagai jenis puff pastri dsbnya.Sila hubungi saya Pn Laila di talian 0126374035 .

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H


Farisshahomemade ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan-pelanggan Farisshahomemade,pengunjung-pengunjung blog,rakan-rakan dan seluruh umat Islam.Farisshahomemade akan bercuti dari Sabtu ini selama seminggu. Farisshahomemade akan beroperasi semula mulai 28.09.2009...Jommm Balikkk Kampungggg....

Saturday, September 12, 2009

Happy 21st Birthday Sheryl.





Happy birthday to u,happy birthday to u,happy birthday Sheryl,happy birthday to uuuuu.
hemm..dah besar Sheryl ni, sebenarnya Sheryl ni anak jiran baik saya iaitu Aunty Doris,dulu masa saya baru pindah ke rumah saya ni ,Sheryl masih kecil lagi...Doris gtau saya yang dia nak buat birthday party untuk Sheryl, nak buat kek n cupcake, so dia minta bantuan saya untuk tolong menghiaskan kek n cupcakenya. Dan dapatlah cupcake tier saya dari uk tu dirasmikan pada ari tu.




Friday, September 11, 2009

Almond Choc Brownies






Kak Mahaya(kakak ipar) call saya, jemput saya datang ke rumahnya di Klang, ada sikit kenduri, dan beliau tanya saya boleh buat kek tak untuk majlis bacaan doa di rumahnya di klang,pantas saya jawab bole n insyaallah . Saya pun terfikir untuk buat brownies.Brownies yang telah siap dipotong 12''x 12'' sebanyak 2 loyang ini telah dibawa oleh hubby kerana saya tak dapat bersama pergi ke Klang ari tu. He he he jangan mare ye kak aritu tak dapat pergi...he he he kalo mare nanti cepat tua.

Thursday, September 10, 2009

Chocolate Muffin






Order dari Puan Shima untuk majlis harijadi anaknya,untuk diisikan dalam party pack. Sebenarnya majlis tu sebelum puasa aritu,cuma sekarang baru berkesempatan untuk update. Ok terima kasih Puan Shima kerana sudi order dengan Farisshahomemade.

Saturday, September 5, 2009

White and Blue Theme Cuppcakes




Cupcake ni sebenarnya ditempah oleh Kak Ram sebelum puasa ari tu,masa Kak Ram nak berlepas ke Indonesia,kebetulan bakal besannya turut bersama menghantarnya ke airport(kalau tak silap la,kalau silap ya ampunnn).Jadinya cupcake ni dijadikan buahtangan untuk bakal besannya.

Tuesday, September 1, 2009

Cupcake Selamat Berpuasa 2009





Order dari Zana, my regular customer untuk menyambut puasa dan makan2 dengan family.

Cupcake Selamat Berpuasa TMPoint 2009





Order dari Zana ,my regular customer , untuk majlis kenduri bacaan doa TMPoint . Majlis tu sehari sebelum puasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails